Cari:
60,000 Dipindahkan Gara-gara Bom di Jerman
2017-09-04 14:31:08 CRI Cetak
Sekurang-kurangnya 60,000 penduduk tempatan terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing di tengah bandar Frankfurt selepas kerajaan Jerman memulakan operasi untuk mematikan sebutir bom bersaiz besar yang dikenali sebagai 'blockbuster'.

Difahamkan, bom yang digunakan ketika era Perang Dunia Kedua itu terpaksa dimatikan sebagai langkah berjaga-jaga selepas bahan letupan tersebut seakan tidak berfungsi.

Menurut Ketua Keselamatan Frankfurt, Markus Frank, operasi berkenaan adalah yang terbesar di Jerman setakat ini khususnya selepas era pasca perang.

Bom buatan British seberat 1.8 tan yang turut dikenali sebagai 'Wohnblockknacker' dalam kalangan media Jerman itu ditemukan ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan Selasa lalu dan mampu memusnahkan seluruh bangunan dan jalan raya di kawasan itu jika meletup.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China