EgyptAir dalam kenyataan berkata, larangan membawa komputer riba untuk penumpang EgyptAir dari Kaherah ke Britain akan ditarik semula.
Kenyataan yang memetik sumber sebagai berkata, penarikan semula larangan tersebut berkuat kuasa esok bagi semua penerbangan EgyptAir dari Kaherah ke United Kingdom.
Katanya, keputusan menarik semula larangan terbabit dibuat selepas pihak berkuasa pengangkutan UK meluluskan langkah keselamatan yang dilaksanakan bagi semua penerbangan syarikat itu ke London.
Amerika Syarikat (AS) pada bulan Mac lalu melarang penggunaan peranti elektronik dan komputer riba bagi penerbangan ke lapan negara Afrika Utara dan Asia Barat pada Mac lalu berdasarkan maklumat risikan bahawa militan Daesh cuba melakukan serangan bom menggunakan peralatan berkenaan.
Larangan itu kemudiannya turut dilaksanakan oleh Britain melibatkan semua penerbangan terus dari Turki, Jordan, Mesir, Lubnan, Arab Saudi dan Tunisia ke negara itu .
AS pada bulan Julai lalu, bagaimanapun menarik balik larangan itu.
sumber: Utusan