Cari:
Xi: Lonjak Kerjasama BRICS Demi Pembangunan Bersama
2017-09-05 14:17:48 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghadiri dialog pemimpin-pemimpin BRICS dengan Majlis Perniagaan BRICS dan menyampaikan ucapan, di Xiamen semalam. Turut hadir, Presiden Brazil, Michel Temer; Presiden Rusia, Vladimir Putin; Perdana Menteri India, Narendra Modi; Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Presiden Xi memuji pencapaian cemerlang yang dirangkul oleh Majlis Perniagaan dan Bank Pembangunan Baharu (NDB).

Katanya, Majlis Perniagaan telah melakukan banyak usaha untuk menggalakkan sektor e-dagang, pembangunan teknikal, penetapan standard, serta perkongsian pengalaman mengenai pembangunan ekonomi digital. Usaha tersebut kini membuahkan hasil yang memuaskan.

Beliau menegaskan bahawa pemimpin negara-negara BRICS bersepakat bergabung tenaga untuk menjayakan wawasan "dekad keemasan" kedua BRICS dan meningkatkan kerjasama BRICS ke tahap baharu.

Majlis Perniagaan dan NDB patut memanfaatkan peluang ini untuk terus melakar kecemerlangan.

Presiden Xi turut mengemukakan beberapa saranan ke arah itu.

Antara saranan tersebut termasuk menggalakkan kerjasama saling menguntungkan antara negara-negara BRICS, merealisasikan konsensus yang telah dicapai dalam bentuk tindakan, dan melaksanakan sepenuhnya Strategi Perkongsian Ekonomi BRICS demi pembangunan bersama.

Di samping itu, usaha juga perlu dilakukan untuk membantu pembangunan ekonomi dan meningkatkan persefahaman di kalangan rakyat negara-negara BRICS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China