Cari:
China, Thailand Ikrar Tingkat Kerjasama
2017-09-05 14:31:20 CRI Cetak

China mementingkan hubungan persahabatan dengan Thailand, menghormati laluan pembangunan yang dipilih Thailand mengikut keadaan sendiri, menyokong Thailand memainkan peranan lebih besar dalam isu antarabangsa dan serantau, dan bersedia bergabung tenaga dengan Thailand untuk memperkukuh perkongsian strategik komprehensif.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha yang menghadiri Dialog Pasaran Baru Muncul dengan Negara-negara Membangun di Xiamen semalam.

Beliau menyatakan bahawa China menghargai penyertaan aktif Thailand dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan bersedia meningkatkan kerjasama dengan Thailand dalam bidang pelaburan, pembinaan landasan kereta api, kewangan Internet, ekonomi digital dan e-dagang, di samping merancakkan pertukaran sosiobudaya, pelancongan serta sinergi dalam penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan khususnya antikeganasan.

Prayuth pula menyatakan bahawa pihaknya bersedia mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, memperdalam kerjasama bilateral dan multilateral, memperkukuh kesalingpercayaan politik, merancakkan perdagangan dan pelaburan, serta mempererat kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pembinaan infrastruktur.

Thailand menyokong dan akan aktif menyertai pelbagai saranan penting yang dikemukakan China untuk menggalakkan pembangunan bersama serantau, termasuk inisiatif B&R dan Kerjasama Lancang-Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China