China dan India, jiran penting bagi satu sama lain, merupakan dua negara membangun dan pasaran baru muncul terbesar di dunia. Hubungan bilateral yang sihat dan stabil sesuai dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara serta harapan rantau ini dan masyarakat antarabangsa.
Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi yang berada di Xiamen untuk menghadiri pertemuan ke-9 pemimpin negara-negara BRICS, hari ini.
Presiden Xi menyatakan bahawa kedua-dua negara patut melihat pihak satu sama lain sebagai peluang pembangunan, bukannya ancaman.
Dalam pada itu, India diharap melihat pembangunan China dengan tepat dan rasional.
Hidup bersama secara damai dan menjalin kerjasama saling menguntungkan merupakan satu-satunya pilihan betul bagi kedua-dua negara.
China dan India patut saling menghormati, mencari titik persamaan dan menerima perbezaan antara satu sama lain, serta memelihara keamanan di kawasan sempadan.
Kerjasama kedua-dua negara dalam pembangunan sosioekonomi mempunyai potensi yang amat besar.
Kedua-dua negara patut menyelaraskan strategi pembangunan, meningkatkan kerjasama projek infrastruktur dan kesalinghubungan, menggalakkan pertukaran sosiobudaya, mempererat penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa, dan bersama-sama menggalakkan pembentukan order antarabangsa yang lebih adil dan rasional.
China bersedia bersama-sama negara-negara BRICS lain melaksanakan hasil pertemuan di Xiamen, sekali gus membuka lembaran baharu kerjasama BRICS.
Modi pula melahirkan harapan mengekalkan komunikasi rapat dengan pemimpin China demi perkembangan hubungan bilateral.