Cari:
Mesyuarat Tergempar UNSC Bincang Ujian Nuklear DPRK
2017-09-05 14:35:25 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan mesyuarat tergempar semalam susulan ujian nuklear terbaru Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Dalam mesyuarat itu, Timbalan Setiausaha Agung PBB yang bertanggungjawab atas urusan politik, Jeffrey Feltman telah mengulangi kecaman keras Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres terhadap ujian nuklear itu, yang dianggap menjejaskan keselamatan dan kestabilan serantau.

Guterres turut mendesak Pyongyang menghentikan tindakan berkenaan.

Wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi yang turut hadir menegaskan semula bahawa kerajaan China dengan tegas menentang dan mengecam ujian nuklear DPRK, yang melanggar resolusi UNSC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China