Ucaptama bertajuk "Membuka Dekad Keemasan Kedua Pembangunan BRICS" yang disampaikan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam Forum Perniagaan BRICS baru-baru ini, menjadi tumpuan media asing.
Menurut laporan Reuters, Presiden Xi dalam ucapannya telah menzahirkan komitmen China untuk berperanan sebagai penggalak proses globalisasi. Hal ini signifikan bagi pembangunan ekonomi dunia.
Agensi berita The Associated Press (AP) pula memberi perhatian kepada kenyataan Presiden Xi yang menyebut BRICS perlu memainkan peranan untuk membaiki tadbir urus ekonomi global.
AP dalam laporannya turut memetik ucapan Presiden Xi bahawa "keterbukaan menjana kemajuan, keinklusifan menjamin kecemerlangan terus dilakar".