Cari:
Ucapan Xi dalam Pertemuan Pemimpin BRICS Dapat Sahutan
2017-09-05 11:01:23 CRI Cetak

Ucapan bertajuk "Memperkasakan Perkongsian BRICS Demi Masa Depan Lebih Cerah" yang disampaikan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan ke-9 pemimpin negara-negara BRICS di Xiamen semalam, menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC), Arancha Gonzalez berkata, mekanisme BRICS mencapai kemajuan besar sejak penubuhannya pada 10 tahun lalu. Prinsip keterbukaan dan kerjasama yang dipegang blok itu bertepatan dengan hala tuju semasa. Lima negara BRICS kini memainkan peranan semakin penting dalam menangani cabaran global.

Ahli ekonomi Brazil, Ronnie Lins berkata, konsep kerjasama BRICS diiktiraf dan diterima pakai oleh semakin banyak negara. Melalui kerjasama antara satu sama lain, negara-negara BRICS bukan sahaja mencapai kejayaan dalam pembangunan politik, ekonomi dan sosial, bahkan menyuntik semangat baharu kepada masyarakat antarabangsa. BRICS sudah menjadi rakan kerjasama yang boleh dipercayai bagi pelbagai negara membangun lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China