Cari:
Hasil Sidang Kemuncak BRICS Memberangsangkan
2017-09-06 13:08:18 CRI Cetak

Pertemuan ke-9 pemimpin negara-negara BRICS dan dialog antara pasaran baru muncul dengan negara-negara membangun berakhir di Xiamen semalam.

Deklarasi yang dikeluarkan dalam pertemuan itu telah merumuskan pengalaman kerjasama BRICS dalam tempoh 10 tahun lalu, dan merangka cetakan biru baharu untuk memperkasakan perkongsian BRICS serta kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Pakar dan sarjana asing menyifatkan pertemuan tersebut membuahkan hasil yang memberangsangkan, sekali gus meletakkan asas kukuh untuk membuka "dekad keemasan" kedua kerjasama BRICS.

Pengerusi Delegasi Parlimen Eropah bagi hubungan dengan China, Jo Leinen menganggap pertemuan kali ini penting untuk membina konsensus serta meningkatkan sinergi negara-negara BRICS dalam menangani cabaran.

Timbalan Pengarah Institut Pengajian Timur Jauh Rusia, Andrei Isayev pula berpendapat model "BRICS+" yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping bagi menarik penyertaan pasaran baru muncul dan negara-negara membangun lain amat penting.

Katanya, model ini tidak sekadar terhad kepada pelaburan dan bantuan, tetapi juga untuk mewujudkan pembangunan bersama lebih banyak negara.

Model kerjasama ini juga merupakan sebahagian daripada gagasan komuniti berkongsi sesama insan dan kaedah penting bagi menyempurnakan order ekonomi antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China