Cari:
Ketua Jawatankuasa Olimpik Brazil Didakwa Terlibat Rasuah 
2017-09-06 13:13:09 CRI Cetak

Presiden Jawatankuasa Olimpik Brazil, Carlos Nuzman diarah hadir ke ibu pejabat Polis Persekutuan untuk disoal siasat petang semalam atas dakwaan terlibat dalam rasuah semasa mengetuai bidaan untuk menjadikan Rio de Janeiro sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2016.

Menurut jabatan kehakiman Brazil, pasport Nuzman mungkin akan dirampas kerana siasatan menunjukkan Nuzman dipercayai terbabit secara langsung untuk merasuahi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan dia berperanan sebagai orang tengah antara pemberi rasuah dan penerimanya.

Pihak pendakwa raya juga menuntut supaya aset Nuzman dan syarikat-syarikat yang terlibat dibekukan, dengan jumlah maksimum kira-kira USD320 juta.

Polis turut menahan seorang bekas rakan kongsi sebuah syarikat Brazil yang didakwa memberi suapan kepada anggota IOC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China