Cari:
China Gesa Henti Segera Penempatan THAAD
2017-09-07 14:11:49 CRI Cetak

China menggesa AS dan Korea Selatan menghormati kepentingan keselamatan serta kebimbangan negara-negara serantau terhadap isu keselamatan, segera menghentikan penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) serta mengundurkan kemudahan yang telah ditempatkan.

Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam, ketika mengulas laporan bahawa empat lagi pelancar THAAD akan ditempatkan di Korea Selatan hari ini.

Geng Shuang menyatakan bahawa penempatan THAAD tidak membantu merungkai kebimbangan negara-negara berkenaan terhadap isu keselamatan, sebaliknya akan memusnahkan keseimbangan strategik serantau, menjejaskan kepentingan keselamatan negara-negara di rantau ini termasuk China, dan meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China