Cari:
Iran Sedia Baiki Hubungan dengan Arab Saudi
2017-09-07 15:29:21 CRI Cetak

Iran bersedia membaiki hubungan bilateral dengan Arab Saudi, kata Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif yang dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA semalam.

Zarif berkata, Arab Saudi merupakan sebuah negara Islam yang penting. Pihaknya bersedia bekerjasama dengan Arab Saudi untuk menyelesaikan isu-isu yang penting bagi dunia Islam.

Ketika menyentuh isu Syria, beliau menyatakan bahawa tentera Syria berjaya menggagalkan kepungan kumpulan militan Negara Islam (IS) terhadap bandar Deir al-Zour, satu kemenangan besar dalam perjuangan memerangi keganasan.

Melalui usaha bersama semua negara terlibat, tibalah masanya untuk menyelesaikan isu Syria melalui saluran politik.

Zarif menegaskan semula bahawa Iran menentang penyelesaian isu Syria melalui kekerasan. Masa depan dan nasib Syria patut ditentukan oleh rakyat Syria sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China