Cari:
ECJ Putuskan Skim Pengagihan Pelarian Sah
2017-09-07 13:42:39 CRI Cetak

Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) menolak rayuan kerajaan Hungary dan Slovakia, dan memutuskan skim pengagihan pelarian yang diluluskan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada September 2015 adalah sah.

Hungary dan Slovakia sebelum ini mendakwa skim berkenaan haram kerana diluluskan tanpa persetujuan sebulat suara semua anggota EU.

Kedua-dua negara itu juga menganggap pelan tersebut tidak berkesan dan tidak perlu diperkenalkan bagi menangani krisis pelarian.

Namun ECJ memutuskan skim pengagihan pelarian itu tidak perlu diluluskan melalui proses legislatif, maka ia tidak memerlukan kelulusan daripada parlimen anggota-anggota EU serta Majlis EU.  

Menurut ECJ, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelan itu kurang berkesan terutamanya keengganan sesetengah anggota memberi kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China