Tahap kesalinghubungan perdagangan maritim antara China dengan negara-negara Asia Timur lain adalah paling rapat pada tahun 2016. Jepun dan Singapura masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Demikian yang terkandung dalam Laporan Indeks Kesalinghubungan Perdagangan Maritim Asia Timur 2017 yang dikeluarkan dalam Forum Kemuncak Maritim Asia Timur 2017 di Qingdao, China semalam.
Laporan tersebut telah mengkaji keadaan China, Jepun, Korea Selatan serta 10 negara ASEAN. Thailand di ranking keempat diikuti Korea Selatan, Malaysia, Vietnam, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar dan Brunei.
Laporan itu menunjukkan pada tahun lalu, kesalinghubungan perdagangan antara China, Jepun dan Korea Selatan tetap rapat, dan ketiga-tiga negara dapat saling melengkapi dalam perdagangan produk elektronik dan mekanikal.
Berbanding Korea Selatan, hubungan perdagangan ASEAN dengan China dan Jepun lebih erat. Manakala di dalam ASEAN pula, Malaysia dan Singapura serta Indonesia dan Singapura menjalin kesalinghubungan perdagangan yang paling kukuh.
Singapura terutamanya mengeksport produk kimia dan mengimport produk elektromekanik dari Malaysia dan Indonesia.