Cari:
WWSE Galak Sukan Musim Sejuk
2017-09-08 13:07:28 CRI Cetak

Ekspo Sukan Musim Sejuk Dunia (WWSE) 2017 dirasmikan di Beijing semalam, dengan memfokuskan pembangunan industri sukan musim sejuk di China yang melibatkan pendidikan sukan musim sejuk, pembangunan bandar tuan rumah Sukan Olimpik dan pengelolaan gelanggang berkenaan.

Chen Jining, Pemangku Datuk Bandar Beijing yang juga Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijng, ketika berucap merasmikan ekspo itu berkata kini tibalah peluang keemasan untuk industri sukan musim sejuk. Syarikat tempatan dan asing boleh memanfaatkan ekspo kali ini untuk berkongsi maklumat dan pengalaman serta mempererat kerjasama.

Terdahulu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (ICO), Thomas Bach juga menyampaikan perutusan tahniah sempena perasmian WWSE, yang disifatkannya platform baik bagi mempromosikan budaya sukan musim sejuk di kalangan rakyat China.

Switzerland dijemput sebagai negara tetamu utama WWSE untuk memaparkan keunggulannya dalam sumber sukan musim sejuk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China