Cari:
China, Nepal Sepakat Tingkat Hubungan
2017-09-08 11:50:33 CRI Cetak

China dan Nepal bersekapat untuk mempertingkat perkongsian kerjasama komprehensif demi kesejahteraan rakyat, dengan berpegang kepada prinsip saksama, saling menyokong dan mewujudkan pembangunan bersama.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Nepal, Krishna Bahadur Mahara selepas rundingan di Beijing semalam.

Kedua-dua pihak bersependapat bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan menyediakan peluang penting kepada kerjasama saling menguntungkan kedua-dua negara.

Dalam pada itu, empat perkara perlu diberi keutamaan, iaitu membina landasan kereta api rentas sempadan, membaik pulih lebuh raya menghubungkan kedua-dua negara yang rosak akibat gempa bumi pada tahun 2015, membina tiga pintu keluar masuk di sempadan serta memperkasakan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan pasca bencana, tenaga dan pelancongan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China