Cari:
Terbuka AS: Federer Kalah di Suku Akhir
2017-09-08 11:34:40 CRI Cetak
Impian untuk menyaksikan pertemuannya dengan Rafael Nadal di tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) tidak kesampaian apabila Roger Federer dikejutkan dengan kekalahan di tangan pemain Argentina, Juan Martin Del Potro di suku akhir Khamis lalu.

Walaupun diletakkan sebagai pilihan utama untuk menjuarai kejohanan Grand Slam terakhir tahun 2017 itu, Federer, 36, daripada Switzerland terpaksa akur dengan kehebatan lawannya yang mempamerkan servis, pukulan balas dan semangat yang kuat sebelum tumpas 5-7-5 6-3, 6-7, 4-6.

Federer sepatutnya diramal bertemu Nadal di separuh akhir selepas ini selepas pemain Sepanyol itu mengesahkan tempat lebih awal dengan menewaskan pemain muda Rusia, Andrey Rublev 6-1, 6-2, 6-2 dalam satu lagi aksi suku akhir

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China