Cari:
Tentera Syria Pecahkan Kepungan IS
2017-09-10 15:28:04 CRI Cetak

Tentera kerajaan Syria berjaya memecahkan kepungan kumpulan militan Negara Islam (IS) di lapangan terbang tentera di timur Deir ez-Zor, semalam.

Agensi berita SANA melaporkan, kejayaan itu dicapai selepas tentera mara dari barat daya Deir ez-Zor yang ada kaitan dengan pasukan yang mengawal pangkalan udara tersebut.

Operasi berkenaan disifatkan sebagai satu kemenangan strategik yang bermakna kuasa IS di bandar Deir ez-Zor telah hancur musnah.

Tentera Syria sedang melancarkan serangan dari dua arah untuk menawan semula keseluruhan timur bandar raya itu daripada IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China