Cari:
Seminar Kerjasama China-Afrika di Malawi
2017-09-10 16:13:01 CRI Cetak

Seminar Antarabangsa Kerjasama China-Afrika dan Pembangunan Afrika anjuran bersama Kedutaan Besar China di Malawi dan Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Malawi, diadakan di Lilongwe, ibu negara Malawi pada 8 September lalu.

Sarjana dari 11 buah negara Afrika serta Universiti Perguruan Zhejiang dan Universiti Renmin China telah membincangkan pendekatan negara sederhana dan kecil Afrika merealisasikan pembangunan melalui kerjasama China-Afrika.

Pensyarah dari Universiti Sumber Semula Jadi Lilongwe, Matthews Mkandawire berpendapat bahawa penjalinan perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Afrika dan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah menyediakan peluang pembangunan kepada negara sederhana dan kecil di Afrika seperti Malawi. Namun pada waktu yang sama, peluang dibawa oleh China ini masih perlu diteroka dengan lebih berkesan oleh Malawi. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan pertukaran maklumat antara China dengan Afrika terus dipertingkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China