Cari:
Alibaba Komited Sertai Globalisasi
2017-09-10 14:49:56 CRI Cetak

Alibaba komited menyertai proses globalisasi dan mengumpulkan pelbagai sumber bagi membantu menyelesaikan masalah sosial dan dunia pada masa depan.

Demikian dinyatakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alibaba, Jack Ma dalam persidangan tahunan bagi memperingati ulang tahun ke-18 penubuhan kumpulan itu pada malam kelmarin.

Katanya, dalam tempoh 18 tahun lalu, Alibaba telah berubah menjadi gergasi e-dagang yang mempunyai lebih 54,000 pekerja berasal dari lebih 70 negara dan wilayah serta 25 ribu jurutera dan ahli sains, daripada sebuah syarikat kecil dengan hanya 18 pekerja.

Menurut Jack Ma, kumpulannya juga bercita-cita dibangunkan menjadi entiti ekonomi kelima terbesar di dunia yang dapat berkhidmat kepada dua bilion pengguna dan membawa faedah kepada 10 juta syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China