Cari:
1,400 Kerabat Anggota Asing Daesh Ditahan
2017-09-11 16:21:31 CRI Cetak

Menurut pegawai kerajaan Iraq, kerajaan negara itu menahan 1,400 wanita dan kanak-kanak yang merupakan isteri atau anak kepada anggota warga asing kumpulan ekstremis Daesh di sebuah berek di selatan Mosul.

Naib Menteri Pelarian dan Imigrasi Iraq Jasim Al Attiyah menyatakan semalam, berek tersebut terletak di Pekan Hamam al-Alil

yang sejauh kira-kira 20 kilometer dari Mosol. Memandangkan kebanyakan mereka telah kehilangan kad pengenalan, pasukan keselamatan Iraq sedang berusaha mengenalpasti identiti dan kewarganegaraan mereka.

Katanya, kerajaan Iraq akan memindahkan mereka ke satu berek lain dengan kemudahan keselamatan yang lebih ketat. Jabatan pelarian dan imigrasi negara itu telah menyediakan bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan perubatan kepada mereka. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China