Cari:
Pesta Kesenian Antarabangsa Jalan Sutera Ke-4 Dirasmikan di Xi'an
2017-09-11 17:20:35 cri Cetak

Pesta Kesenian Antarabangsa Jalan Sutera Ke-4 telah dirasmikan di Xi'an pada 7 September lalu. Artis dari 106 buah negara dan wilayah akan terlibat dalam pesta kali ini.

Menurut maklumat, artis dari 23 buah negara dan wilayah serta artis tempatan akan mempersembahkan 184 pertunjukan. Selain pertunjukan, pameran, dan forum akan diadakan, Minggu Seni Moden Antarabangsa, Minggu Kebudayaan Animasi dan Permainan, Minggu Drama Kanak-kanak, Minggu Syair Chang'an, dan kursus sinologis muda juga akan diadakan sempena pesta kali ini.

Pesta Kesenian Antarabangsa Jalan Sutera yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan China dan kerajaan provinsi Shaanxi, diadakan di bandar Xi'an setiap tahun.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, pesta kesenian ini telah berkembang menjadi satu pesta kesenian yang mempunyai pengaruh kian besar di arena antarabangsa. Ia akan memainkan peranan yang lebih penting dalam menggalakkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan antara negara-negara yang terlibat dengan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China