Cari:
Hamas Sedia Adakan Sidang Perdamaian dengan Fatah
2017-09-12 14:57:30 CRI Cetak

Kumpulan bersenjata Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam menyatakan kesediaan untuk mengadakan sidang perdamaian dengan Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) di Kaherah secepat mungkin.

Hamas juga bersedia melaksanakan perjanjian perdamaian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Hamas menyatakan, delegasi yang diketuai oleh pemimpinnya Ismail Haneya sedang mengadakan pertemuan tertutup dengan pegawai perisikan Mesir di Kaherah.

Katanya, Hamas memutuskan untuk membubarkan suruhanjaya yang mentadbir kawasan Genting Gaza dan membuat persiapan untuk membentuk kerajaan campuran yang disertai oleh pelbagai puak Palestin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China