Cari:
IAEA Sanjung Tinggi Jaminan Keselamatan Nuklear China
2017-09-12 14:58:49 CRI Cetak

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) selesai menjalankan penilaian terhadap jaminan keselamatan nuklear oleh China baru-baru ini.

IAEA menyanjung tinggi usaha berterusan kerajaan China untuk meningkatkan jaminan keselamatan nuklear dan memastikan pembangunan industri nuklear secara lestari, serta penglibatan negara ini dalam sistem pengurusan keselamatan nuklear global.

Ketua Pengarah Pusat Keselamatan Nuklear China, Deng Ge menyatakan bahawa skop penilaian IAEA tersebut merangkumi sistem keselamatan nuklear negara dan perlindungan terhadap sumber dan fasiliti nuklear.

Penilaian dua peringkat dijalankan oleh kumpulan khas yang terdiri daripada pakar-pakar dari lapan negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Perancis, Rusia, Belanda, Finland dan Pakistan.

Penilaian khas berkenaan merupakan langkah IAEA untuk membantu anggotanya meningkatkan taraf jaminan keselamatan nuklear dan kemampuan untuk menangani ancaman keganasan nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China