Cari:
UNSC Lulus Sekatan Ketat ke atas DPRK
2017-09-12 11:14:15 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) menerusi resolusi yang diluluskan semalam, memutuskan untuk melaksanakan sekatan baharu ke atas Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Resolusi itu menegaskan semula pentingnya memelihara kedamaian dan kestabilan di Semenanjung Korea dan Asia Timur Laut, selain menyeru isu berkenaan diselesaikan melalui saluran diplomatik dan politik.

Sekatan baharu itu termasuk mengurangkan pembekalan minyak kepada DPRK, melarang eksport tekstil DPRK dan melarang pekerja DPRK di seberang laut mengirim wang kembali ke tanah air.

Wakil Tetap China ke PBB, Liu Jieyi menggesa DPRK mematuhi tuntutan masyarakat antarabangsa agar DPRK menghentikan program peluru berpandu nuklear dan ujian peluru nuklearnya, mentaati dan melaksanakan resolusi UNSC, dan kembali ke laluan pembangunan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China