Cari:
Perhimpunan Agung PBB ke-72
2017-09-13 11:50:47 CRI Cetak

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-72 yang bertemakan "utamakan manusia: cipta kedamaian dan kesejahteraan sesama insan di bumi yang lestari" telah dirasmikan di ibu pejabatnya di New York petang semalam.

Presiden UNGA ke-72, Miroslav Lajcak dalam ucapannya menyatakan bahawa UNGA penggal ini akan menumpukan usaha dalam tiga bidang, iaitu mengutamakan umat manusia, mengimbangi kepentingan pelbagai pihak serta meningkatkan kualiti dan ketelusan kerja PBB.

Tambah beliau, pembaharuan terhadap PBB juga perlu diintensifkan agar PBB dapat menjadi "badan yang mampu mewujudkan dunia yang lebih baik".

Turut hadir ke majlis perasmian tersebut termasuk Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan wakil-wakil negara anggota PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China