Cari:
Industri Khidmat Sumber Luar China Tumbuh Pesat
2017-09-13 14:52:12 CRI Cetak

Pada tahun 2006 hingga 2016, industri perkhidmatan sumber luar atau outsource di China menyaksikan pertumbuhan pesat dengan peningkatan purata mencatat 54% setiap tahun. Daya saing industri itu di arena antarabangsa meningkat ketara manakala strukturnya semakin optimum.

Dalam tempoh sedekad tersebut, nilai projek yang terlibat dalam perkhidmatan sumber luar berlipat ganda daripada USD1.38 bilion (RM5.8 bilion) kepada USD106.46 bilion (RM447 bilion), sementara syer pasaran dunia yang ditempatinya melonjak daripada kurang 1% kepada 33%, iaitu kedua terbesar di dunia.

China yang pada awalnya hanya meneroka pasaran Jepun kini sudah memperluas cakupannya ke 200 negara dan kawasan di Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika utara.

Ketua Bahagian Perdagangan Perkhidmatan Kementerian Perdagangan China, Xian Guoyi semalam menyatakan bahawa China akan mempercepat pembangunan mod digital perkhidmatan tersebut, meningkatkan kemampuan pembekalan perkhidmatan kepada negara maju dan menawarkan projek yang boleh dikendalikan oleh negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China