Cari:
UNWTO: Asia, Enjin Industri Pelancongan
2017-09-14 16:05:42 CRI Cetak

Asia akan menjadi enjin pertumbuhan industri pelancongan dunia pada masa depan dengan syer dalam pasaran global yang dijangka mencatat 28% menjelang tahun 2020.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO), Taleb Rifai dalam Perhimpunan Agung ke-22 UNWTO di Chengdu, Sichuan semalam.

Katanya, industri pelancongan Asia mencatat pertumbuhan pada kadar 3% hingga 4% lebih tinggi daripada purata dunia, namun syer Asia dalam pasaran global hanya 20%. Ini jauh lebih rendah berbanding Eropah yang mendominasi 50% hingga 52% pasaran. Maka, industri pelancongan Asia dilihat masih berpotensi besar.

Menurut laporan UNWTO tahun lalu, Asia merekodkan pertumbuhan pasaran pelancongan pada kadar 6.1% dalam tempoh antara tahun 2005 hingga 2015, iaitu paling pesat di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China