Cari:
Larangan Kemasukan Pelarian ke AS Dilaksanakan Semula
2017-09-14 14:43:14 CRI Cetak

Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan arahan kelmarin untuk membenarkan kerajaan Trump terus melaksanakan secara meluas larangan kemasukan pelarian dari seluruh dunia ke negara itu.

Arahan tersebut yang dikeluarkan selepas pengundian oleh lima hakim, tidak memberikan sebarang penjelasan tetapi segera membatalkan sebahagian keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan Sivil kesembilan AS pada minggu lalu.

Keputusan mahkamah rendah itu memberi pengecualian kepada pelarian yang dibenarkan memasuki AS menurut perjanjian yang dicapai oleh kerajaan AS dan agensi penempatan pelarian daripada larangan imigresen kerajaan Trump. Keputusan berkenaan dijadualkan berkuatkuasa bermula tengah hari 12 September lalu, tetap dihalang oleh Mahkamah Agung AS berikutan rayuan oleh Jabatan Kehakiman pada hari sebelumnya.

Perkembangan terkini mengubah status bagi 24 ribu pelarian yang sebelum ini telah dibenarkan memasuki AS.

Kesahan larangan Trump itu akan dibicarakan secara rasmi oleh Mahkamah Agung AS pada 10 Oktober nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China