Industri budaya dan kreatif Beijing pada separuh pertama tahun ini menjana pendapatan yang meningkat 8.6% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencecah RMB690 bilion (RM434 bilion).
Menurut data Biro Statistik Beijing yang dilaporkan oleh media tempatan, industri tersebut menunjukkan momentum pertumbuhan yang sihat dengan jumlah pekerja mencatat 1.21 juta dan pelaburan aset lebih RMB14 bilion (RM9 bilion).
Ketiga-tiga angka tersebut adalah terbaik untuk tempoh sama sepanjang tiga tahun lalu.