Cari:
China Terus Usaha Bantu OKU
2017-09-15 13:04:06 CRI Cetak

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China, situasi hidup orang kurang upaya (OKU) di negara ini telah menampakkan perubahan yang amat besar.

Dengan rawatan pemulihan yang disediakan kepada kalangan OKU, kira-kira 30 juta telah menunjukkan kemajuan pada tahap yang berbeza.

Demikian dapatan yang dibentangkan semasa aktiviti bertema menyasarkan OKU di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang diadakan di Beijing semalam.

China negara membangun yang mempunyai populasi OKU terbesar, iaitu kira-kira 85 juta. Melalui usaha selama beberapa tahun, China menambah baik kesejahteraan OKU melalui undang-undang dan sistem berkenaan serta Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang menumpukan nasib OKU sebanyak enam kali berturut-turut.

Dalam tempoh lima tahun lalu, sebanyak 4.4 juta OKU di kawasan desa China telah membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan, 1 juta mendapat peluang pekerjaan, manakala lebih 20 juta mendapat manfaat daripada sistem subsidi kehidupan dan kesihatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China