Cari:
84 Maut Serangan di Iraq
2017-09-15 13:06:35 CRI Cetak

Serangan yang berlaku berturut-turut di sekitar bandar Nasiriyah, wilayah Dhi Qar, selatan Iraq telah mengakibatkan 84 orang maut dan 93 lagi cedera.

Ketua Biro Kesihatan wilayah Dhi Qar, Jasim al-Khaledi memberitahu wartawan semalam bahawa mangsa yang terbunuh dalam serangan tersebut termasuk beberapa warga Iran. Mangsa yang cedera kini sedang menjalani rawatan.

Menurut kenyataan polis wilayah Dhi Qar, seorang penyerang telah ditembak mati oleh pengawal keselamatan manakala seorang lagi membunuh diri.

Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China