Wakil Tetap Britain ke PBB
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengeluarkan kenyataan media untuk mengecam sekeras-kerasnya Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) yang memprovokasi masyarakat antarabangsa dengan melancarkan sekali lagi peluru berpandu balistik.
Atas permintaan delegasi tetap Amerika Syarikat dan Jepun ke PBB, UNSC telah mengadakan perbincangan secara tertutup mengenai langkah DPRK tersebut. Kemudian, UNSC mengeluarkan kenyataan media yang mengecam ujian pelancaran DPRK terkini dan sebelumnya dan menggesa DPRK segera menghentikan semua tindakan seumpama itu.
Kenyataan itu menyatakan bahawa UNSC menegaskan tindakan DPRK berkenaan bukan sahaja merupakan ancaman terhadap serantau bahkan semua negara anggota PBB.
Kenyataan itu menegaskan lagi peri pentingnya memelihara kedamaian dan kestabilan Semenanjung Korea dan Asia Timur Laut, menegaskan penyelesaian krisis itu melalui saluran damai, diplomatik dan politik.
Wakil Tetap Rusia ke PBB