Cari:
DPRK Lancarkan Lagi Peluru Berpandu Balistik
2017-09-16 14:00:01 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melancarkan sebuah peluru berpandu balistik jarak sederhana pagi semalam. Peluru itu terbang melintasi ruang udara Jepun sebelum jatuh ke dalam kawasan perairan Lautan Pasifik di sebelah timur Jepun. Pelbagai negara mengecam atau menyatakan kekesalan terhadap hal itu, dan turut menggesa DPRK mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) berkenaan dan kembali ke saluran penyelesaian secara politik dan diplomatik.

Korea Selatan mengeluarkan kenyataan semalam untuk mengecam dengan tegasnya ujian peluru berpandu yang dilancarkan sekali lagi oleh DPRK, mendakwa DPRK telah melanggar resolusi UNSC berkenaan dan membawa ancaman terhadap kedamaian dan kestabilan Semenanjung Korea dan masyarakat antarabangsa.

Menurut agensi berita Rusia Today's RIA Novosti, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova memberitahu wartawan semalam bahawa Rusia merasa amat kesal terhadap langkah DPRK tersebut yang melanggar resolusi UNSC terkini serta menganggap pelbagai pihak terlibat perlu melaksanakan resolusi UNSC secara tanpa syarat.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya semalam mengecam tindakan DPRK itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan semalam bahawa China menentang pelancaran DPRK yang melanggar resolusi UNSC berkenaan itu. Memandangkan Semenanjung Korea sekarang berada dalam situasi yang rumit, sensitif dan serius, pelbagai pihak terlibat perlu bersabar dan tidak mengambil tindakan yang meruncingkan situasi Semenanjung Korea dan kawasan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China