China sentiasa menganggap penyelesaian secara politik merupakan satu-satunya saluran dalam isu Syria, China bersedia memainkan peranan yang positif dalam usaha itu. Demikian kata Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam.
Menurut maklumat berkenaan, Ketua Delegasi Rusia yang menghadiri Dialog Astana mengatakan bahawa China, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Lubnan mungkin sebagai negara penasihat Dialog Astana mengenai Isu Syria untuk menghadiri rundingan seterusnya yang bakal diadakan pada bulan November.
Sehubungan itu, Hua menyatakan bahawa China berharap pusingan baharu Dialog Astana dapat mencapai hasil yang positif dan menyumbang kepada usaha memperkukuh gencatan senjata, menghapuskan keganasan serta mewujudkan penyelesaian isu Syria secara politik. China menyokong semua usaha yang membantu menyelesaikan isu Syria secara politik dan bersedia memberi sumbangan kepada usaha itu.