Iran berharap Kesatuan Eropah (EU) mendesak AS agar mematuhi perjanjian komprehensif masalah nuklear Iran.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani ketika ditemui Speaker Dewan Perwakilan Belgium, Siegfried Bracke di Teheran semalam.
Menurut Hassan, pihaknya berharap EU dapat melaksanakan perjanjian tersebut, di samping mendesak AS untuk melaksanakannya juga.
Bracke pula berkata, perjanjian yang tercapai antara Iran dengan enam buah negara termasuk AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman pada Julai tahun 2015 itu amat penting bagi EU dan Iran. Oleh itu, Belgium akan berusaha mendorong EU untuk melindungi pelaksanaannya.