Cari:
Trump: Pendirian Terhadap Perjanjian Paris Tidak Berubah
2017-09-17 15:14:25 CRI Cetak

Mengenai sesetengah laporan media yang berbunyi bahawa AS tidak akan berundur dari Perjanjian Paris, Rumah Putih semalam mendedahkan pendirian kerajaan Trump untuk keluar dari Perjanjian Paris tidak berubah.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih, "AS akan berundur seperti apa ditegaskan Presiden, dan tidak akan menganggotai lagi, kecuali butiran-butiran perjanjian tersebut digubal menjadi bermanfaat bagi kami".

Menurut laporan media, Pesuruhanjaya Sumber Tenaga dan Tindakan Iklim Kesatuan Eropah (EU), Miguel Arias Canete pernah menyatakan bahawa pegawai AS berkata negaranya tidak akan keluar dari Perjanjian Paris. Sementara itu, AS menegaskan "tidak akan mengadakan rundingan semula terhadap perjanjian tersebut", dan hanya akan "menilai butiran-butiran dalam perjanjian tersebut yang boleh diterimanya".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China