Cari:
Sidang ke-31 Majlis Pertubuhan Antikeganasan SCO
2017-09-18 13:56:46 CRI Cetak

Sidang ke-31 Majlis Pertubuhan Antikeganasan di bawah rangka Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diadakan di Beijing semalam.

Sidang itu dipengerusikan oleh presiden majlis tersebut, Naib Menteri Keselamatan Awam China, Li Wei.

Anggota SCO dan wakil pelbagai pertubuhan antikeganasan yang hadir telah merumuskan hasil kerjasama setakat ini serta membincangkan kerjasama pada masa depan.

Antara fokus perbincangan termasuk kursus latihan untuk membanteras kegiatan anasir pengganas, pemisah dan ekstremis menerusi internet, serta kajian tentang cara mengesan dan memotong saluran perekrutan mereka.

Sidang ke-31 itu telah mengumumkan Kyrgyzstan sebagai negara pengerusi Majlis Pertubuhan Antikegansan SCO hingga September tahun depan. Pelan kerja SCO untuk masa depan juga telah ditetapkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China