Cari:
Britain Turunkan Tahap Ancaman Keganasan
2017-09-18 11:17:36 CRI Cetak

Menteri Hal Ehwal Dalam Negara Britain, Amber Rudd semalam mengumumkan pihaknya menurunkan tahap ancaman keganasan daripada paras tertinggi atau "kritikal" kepada kedua tertinggi, iaitu "serius".

Menurut polis, seorang lelaki berumur 22 tahun telah ditahan di kawasan subbandar barat London pada malam Sabtu lalu. Lelaki tersebut merupakan suspek kedua yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden letupan bom metro London pada Jumaat lalu.

Letupan yang mengakibatkan kira-kira 30 orang cedera, telah diklasifikasikan oleh polis sebagai serangan ganas. Kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China