Mobike, syarikat penyedia basikal mudah sewa terkenal di China, bersama-sama beberapa agensi antarabangsa termasuk Program Penempatan Manusia PBB (UN-HABITAT) dan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) semalam menetapkan tarikh 17 September setiap tahun sebagai Hari Berbasikal Dunia.
Kini, basikal mudah sewa menjadi cara pengangkutan awam ketiga terbesar di bandar-bandar China selepas bas awam dan kereta api bawah tanah. Kecenderungan ini mengubah persekitaran ekologi dan kemanusiaan di bandar-bandar berkenaan.
Pengarah Projek China UN-HABITAT, Zhang Zhenshan berkata, penganjuran Hari Berbasikal Dunia sesuai dengan matlamat pembangunan yang mesra alam, Agenda Pembangunan Mapan 2030 PBB dan perjanjian perubahan iklim Paris.
Hari Berbasikal Dunia yang pertama bertemakan "berbasikal mengubah bandar". Lebih 170 bandar di seluruh dunia menyertai aktiviti kali ini.