Cari:
Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Luoyang Henan Dirasmikan
2017-09-19 17:04:47 CRI Cetak

Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Luoyang Henan dirasmikan di Pusat Konvensyen Luoyang, provinsi Henan China pada 17 September lalu.

Pesta kebudayaan dan pelancongan ini dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Provinsi Henan dan kerajaan bandar Luoyang bersempena dengan berlangsungnya Kongres Kebangsaan Ke-19 Parti Komunis China (PKC).

Datuk Bandar Luoyang, Liu Wankang ketika berucap pada majlis perasmian pesta itu berkata, Luoyang terkenal di arena antarabangsa kerana sejarahnya yang lama dan kebudayaannya yang gemilang. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bandar ini giat mengembangkan industri kebudayaan dan pelancongan. Sebanyak lebih 100 juta pelancong melawat ke bandar itu setiap tahun.

Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Luoyang Henan telah diadakan sebanyak 12 kali. Ia berperanan sebagai wadah yang penting untuk mewariskan kebudayaan tempatan dan meningkatkan kerjasama dan interaksi.

Beliau turut mengeluarkan undangan kepada pelancong dari seluruh dunia untuk melawat ke bandar ini.

Pelbagai aktivit akan diadakan sempena pesta kebudayaan dan pelancongan kali ini. Antaranya termasuklah forum tentang perlindungan warisan sejarah, pertunjukan opera tempatan, pameran karya kaligrafi dan lukisan Zhang Daqian, serta beberapa pakej pelancongan yang istimewa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China