Cari:
Xi Hubungi Trump Melalui Telefon
2017-09-19 13:13:43 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melalui telefon semalam.

Trump yang memuji interaksi dan hubungan kerja yang baik antara pemimpin AS dan China, turut menyatakan harapan agar agenda domestik negara masing-masing untuk tahun ini dapat dijalankan dengan lancar. Beliau amat menanti-nantikan lawatan rasmi ke China tidak lama lagi dan berharap lawatan itu membantu menggalakkan perkembangan hubungan dua hala.

Xi pula menekankan pentingnya komunikasi yang rapat dalam isu-isu yang menjadi perhatian bersama. Beliau menyatakan bahawa China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang meluas. Kekerapan interaksi dan kerjasama dalam pelbagai sektor adalah memuaskan.

Beliau turut menyarankan agar kedua-dua negara merapatkan lagi pertukaran di pelbagai peringkat, menjayakan dialog masyarakat dan sosiobudaya yang pertama dan dialog penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan siber, serta mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China