Cari:
Guterres: Percambahan Senjata Nuklear Ancam Kedamaian Dunia
2017-09-20 14:14:09 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres ketika berucap pada Perhimpungan Agung PBB semalam menyatakan bahawa kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap senjata nuklear mencatat tahap tertinggi sejak berakhirnya Perang Dingin.

Guterres berkata, berjuta-juta orang diselubungi ketakutan ekoran ujian pelancaran peluru berpandu nuklear oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Situasi yang terus meruncing di Semenanjung Korea mungkin mengakibatkan pihak-pihak terlibat terjerumus ke jalan yang salah.

Beliau menegaskan, masalah nuklear Semenanjung Korea mesti diselesaikan secara damai kerana ancaman percambahan senjata nuklear akan mengakibatkan kebinasaan di seluruh dunia. Beliau menggesa semua negara berusaha untuk mencipta dunia yang bebas senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China