Cari:
Israel Pintas Dron Perisik Iran
2017-09-20 14:41:48 CRI Cetak

Sebuah dron perisik yang dihalakan dari Syria ke ruang udara Israel berjaya dipintas oleh tentera Israel menggunakan sistem peluru berpandu Patriot.

Jurucakap tentera Israel, Ronen Manelis berkata dron yang dipintas itu dibuat oleh Iran dan digunakan oleh militan Hezbullah di Lubnan untuk mengumpulkan maklumat risikan. Dron itu dipintas sebelum sempat memasuki ruang udara Israel.

Menurut ketua pertahanan udara tentera Israel, Zvika Haimovich, walaupun sistem pertahanan udara Israel amat cekap, namun kadar kejayaan memintas peranti risikan belum mencapai seratus peratus pada masa ini kerana dron bersaiz kecil dan terbang pada altitud yang rendah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China