Cari:
China Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Lubnan
2017-09-20 11:23:33 CRI Cetak

500 tan beras yang disumbangkan oleh China dalam pelaksanaan program bantuan makanan kepada Lubnan tiba di pelabuhan Beirut semalam.

Duta Besar China ke Lubnan, Wang Kejian yang menghadiri majlis penyerahan beras itu menyatakan bahawa program bantuan berkenaan diumumkan oleh China semasa Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R), Mei lalu. Menurut rancangan, China akan membekalkan 2,764 tan beras kepada Lubnan. Bakinya akan dihantar ke negara itu dalam masa terdekat.

Kata Wang, China akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Lubnan mengikut kemampuan sendiri.

Menteri Hal Ehwal Sosial Lubnan, Pierre Bou Assi merakamkan sekalung penghargaan kepada China. Beliau berkata, bantuan bahan makanan ini bukan sahaja membantu membaiki situasi kemanusiaan pelarian di negaranya, tetapi juga meredakan tekanan krisis pelarian selain bermanfaat bagi ketenteraman masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China