Cari:
OECD: Rentak Pemulihan Ekonomi Global Lebih Terselaras
2017-09-21 14:40:21 CRI Cetak
Beberapa entiti ekonomi utama dunia dijangka mencatatkan pertumbuhan pesat pada tahun ini dan tahun depan berikutan rentak pemulihan ekonomi global yang dianggap lebih terselaras.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) merumuskan bahawa prospek pertumbuhan untuk jangka sederhana masih belum stabil.

Menurut laporan prospek ekonomi jangka sederhana yang dikeluarkan semalam, kadar pertumbuhan ekonomi global untuk sepanjang tahun ini akan mencecah 3.5% sebagaimana yang diunjurkan pada bulan Jun lalu. Kadar tersebut dijangka mencecah 3.7% pada tahun depan, iaitu naik 0.1% berbanding unjuran dahulu.

OECD dalam laporan berkenaan meminta penggubal dasar di seluruh dunia menetapkan dasar kewangan dan fiskal yang seimbang untuk mewujudkan pertumbuhan inklusif dan menggalakkan pembaharuan struktur mencapai kemajuan sebenar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China