Cari:
China Sokong Operasi Pengamanan PBB
2017-09-21 14:38:07 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengadakan perdebatan umum peringkat tinggi mengenai operasi pengamanan semalam.

Pemimpin negara dan wakil kanan negara-negara yang hadir ke Perhimpunan Agung PBB ke-72 turut menghadiri perdebatan tersebut.

Sebelum perdebatan umum tersebut bermula, 15 negara anggota Majlis Keselamatan telah mengundi dan meluluskan resolusi 2378 berkaitan operasi pengamanan PBB.

Menteri Luar China, Wang Yi membentangkan beberapa usul pembaharuan bagi operasi pengamanan PBB dan menegaskan semula sokongan kerajaan China terhadap operasi tersebut.

Menurut beliau, China mengalu-alukan resolusi 2378 itu. Operasi pengamanan PBB kini berdepan dengan banyak masalah dan cabaran baharu, dan China menyokong pembaharuan yang sewajarnya untuk membolehkan PBB memenuhi mandatnya.

Wang berkata, China sentiasa menyokong dan melibatkan diri dalam operasi pengamanan PBB. Setakat ini, China telah menghantar 35 ribu anggota pasukan pengaman dan 2,700 polis untuk membantu operasi berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China