Cari:
WTO Naikkan Unjuran Pertumbuhan Perdagangan Global
2017-09-22 15:11:22 CRI Cetak

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) semalam menaikkan unjuran bagi pertumbuhan perdagangan global kepada 3.6% daripada 2.4% sebelum ini, setelah mengambil kira pertumbuhan pesat ekonomi China pada setengah pertama tahun ini serta pengaruhnya terhadap sektor import dan eksport Asia.

Menurut WTO, pertumbuhan pesat beberapa negara pedagang utama khususnya China dalam tempoh tersebut telah melonjakkan perdagangan global sebanyak 4.2% berbanding tempoh sama tahun lalu. Antaranya, import dan eksport entiti ekonomi maju masing-masing meningkat 2.1% dan 3.1%, manakala bagi entiti ekonomi membangun, 6.9% dan 5.9%.

Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo menyatakan, walaupun prospek pemulihan ekonomi dunia amat menggalakkan, namun risiko seperti perlindungan perdagangan, ketegangan geopolitik dan bencana alam masih wujud dan mungkin mengekang pemulihan perdagangan global.

WTO mengunjurkan bahawa kadar pertumbuhan perdagangan global akan susut kepada 3.2% tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China