Ahli Dewan Negara China yang juga Naib Perdana Menteri, Zhang Gaoli ditemui perwakilan yang menyertai Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan (B&R) 2017 di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.
Zhang berkata, inisiatif B&R yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping adalah satu langkah penting dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib umat manusia. Inisiatif itu telah membuahkan hasil cemerlang dalam tempoh empat tahun lalu dan kini memasuki fasa baharu dalam pelaksanaannya.
Beliau berkata, media merupakan jambatan yang menyambungkan rakyat pelbagai negara. Media pelbagai negara perlu merancakkan kerjasama dan interaksi untuk membolehkan lebih ramai memahami konsep B&R dan menyumbang kepada pembangunannya.
Para wakil berpendapat bahawa inisiatif B&R yang dijayakan bersama selaras dengan kepentingan masing-masing dan memiliki prospek yang cerah. Mereka komited merapatkan interaksi dan kerjasama demi mewujudkan suasana yang kondusif bagi pembinaan B&R.