Cari:
Isu Semenangjung Korea: Pelbagai Pihak Diseru Bertenang
2017-09-23 15:14:09 CRI Cetak

Rumah Putih Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan minit perundingan presiden Donald Trump dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Moon Jae-in di New York semalam. Menurut minit perundingan tersebut, kedua-dua pihak menegaskan lagi matlamat bersama untuk menggesa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melepaskan senjata nuklearnya melalui cara damai.

Kedua-dua pihak berpendapat tindakan mengenakan sekatan atau tekanan kepada DPRK dengan seberat-besatnya adalah langkah yang perlu untuk menghalang negara itu daripada mengambil tindakan mengancam dan memaksa ia melepaskan senjata nuklear.

Dalam perkembangan yang berkaitan, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menyatakan, situasi di Semenanjung Korea amat rumit. Beliau menyeru pelbagi pihak bertenang dan berusaha untuk meredakan ketegangan semasa, sebaliknya bukan saling provokasi. China menentang DPRK mengembangkan senjata nukelar dan menjalankan ujian nuklear.

Walau bagaimanapun, Lu Kang menegaskan lagi bahawa China menentang negara lain mengenakan sekatan sepihak terhadap DPRK di luar rangka Majlis Kesematan Pertubhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China